Friday, April 16, 2010

RENTETAN JUARA BENDAHARA SEJAK DARI AWAL

SK Pandan Jaya - Jarang dilakukan oleh rumah-rumah sukan lain apabila Rumah Biru sebenarnya mendahului sejak dari awal lagi. Bermula dengan pertandingan Road Run (Merentas Desa) Bendahara sudah berada di depan dengan 15 mata di depan Rumah Kuning yang kelihatan mendahului apabila atlet banyak diumumkan sebagai pemenang. Namun pengiraan mata dibuat sehingga tempat ke-20 yang memberi kelebihan kepada Rumah Biru untuk mendahului. Pada pertandingan Sukantara pula Bendahara terus mengungguli acara dengan 99 mata dengan Kuning di tangga kedua sebanyak 76 mata. Pada acara seterusnya pula iaitu lari berganti-ganti (Relay 4x100m dan 4x200m) Rumah Biru berada di depan perbezaan 104 mata di depan Rumah Hijau. Bendahara terus menjarakkan diri dengan perbezaan mata sebanyak 202 mata apabila memungut mata keseluruhan 956 mata berbanding Hijau di tempat kedua 754 mata. Seterusnya Biru dinobatkan juara untuk tahun 2010 iaitu Sukan Tahunan kali ke-16 SK Pandan Jaya.

Tuesday, April 13, 2010

Rekod Pungutan Mata Tertinggi Mata Rumah Sukan Sekolah

Maklumat terkini yang diperolehi dari AJK Statistik Sukan Tahunan Sekolah. Jika mata ini dijadikan ukuran rasanya ini adalah rekod pungutan mata tertinggi pungutan mata rumah sukan sekolah. Seandainya Bendahara sudah tidak menjadi juara lagi, diharapkan pungutan mata tertinggi ini terus dipegang oleh Rumah Bendahara dan tidak dipecahkan mana-mana Rumah Sukan lain, Insya' Allah...

Saturday, April 10, 2010

Biru di Mercu GEMILANG

Bendahara berada di kelasnya yang tersendiri (ayat-ayat angkat bakul) apabila muncul juara keseluruhan Temasya Sukan Tahunan ke-16 SK Pandan Jaya jauh meninggalkan Rumah Hijau di tangga kedua (perbezaan ratusan mata). Lebih membanggakan Bendahara turut menggondol 3 Gelaran iaitu Olahragawan (Muhd. Naim-6A), Olahragawan Harapan (Alif Syahmi-4G), dan Olahragawati Harapan (Fatin Nor Shuhada-5G) melangkaui sasaran awal 2 Gelaran. Satu lagi gelaran iaitu Olahrawagati secara teknikalnya sepatutnya milik Rumah Biru iaitu adik Wizarotul Afifah dengan pencapaian 1 emas, 2 perak acara individu serta 1 perak, 1 gangsa acara ganti-ganti namun ia dirangkul oleh adik Nur Hafizah rumah merah dengan 1 emas individu dan 1 emas acara ganti-ganti (Pengiraan sebenar ikut pencapaian individu bukan berkumpulan atau acara ganti-ganti, pencapaian acara ganti-ganti akan diambil kira seandainya pencapaian individu seri, perkara sensitif seperti ini seharusnya juga diberi perhatian sewajarnya).

Piala Pusingan Sukan Tahunan (Johan Rumah Sukan SK pandan Jaya)

Lupakan sejenak kesilapan teknikal itu, siapa sangka Naim (ketua rumah Pasukan Biru) mampu melakukan kejutan cukup besar pada kali ini tatkala tumpuan diberikan kepada Nizam dan Yunus apabila menewaskan penyandang juara 100m dan 200m 2 tahun berturut-turut adik Yunus Syamim sekaligus merampas gelaran Olahragawan dengan 2 emas individu dan 2 perak acara ganti-ganti. Siapa sangka Naim melalui pencapaian lepas tidak pernah memenangi sebarang pingat namun mampu melakukannya. Memang tepat dia diberi kepercayaan sebagai ketua Rumah Bendahara walaupun ada yang tidak yakin dengan kemampuannya. Sebagai jurulatih rasa sedikit terkilan kerana bakatnya dicungkil agak lewat setelah lama dipendamkan namun demikian tahun ini Naim sempat didedahkan di kejohanan peringkat Daerah. Diharapkan prestasinya terus marak apabila berada di sekolah menengah nanti.

Fatin Nor Shuhada sapu habis 5 emas merampas gelaran Olahragawati Harapan daripada adik Nur Najiehah

Senyuman manis adik Nur Syamimi yang turut melakar sejarah menang emas acara 200 meter menewaskan bekas penyandang Nur Izzatul Farhah



Lebih manis tahun ini Bendahara turut melahirkan Olahragawan Harapan termuda iaitu adik Alif Syahmi Abu Bakar yang masih berada dalam tahun 4. Kecekalan dan semangat berjuang tinggi adik Alif Syahmi begitu terserlah apabila melihat acara relay 4x200m walapun pelari ke-2 Rumah Biru terjatuh dan tertinggal kebelakang setengah padang namun Alif sebagai pelari terakhir bingkas mengejar 2 lagi peserta dihadapannya untuk meletakkan pasukan relay 4x200m ini di tempat kedua. Alif turut didedahkan dalam kejohanan olahraga peringkat daerah sebelum itu sebagai pelapis atlet sekolah. Beberapa atlet lain Rumah Biru yang dijangka lebih menyinar pada tahun hadapan antaranya Fatin Nor Shuhada, Adriana, Azrol Anwar, Amirul Jaafar, Azhar, Nur Maisarah, Noradzsyiah dan Aswad. Rumah Biru juga mencatat rekod tersendiri apabila mendapat tempat ke-2 acara perbarisan yang tradisinya tetap dan berpencen menghuni tangga terakhir. Semoga kejayaan Rumah Biru ini akan berterusan pada tahun-tahun mendatang. Insya' Allah...

Monday, April 5, 2010

Barisan Kontinjen Olahraga SK Pandan Jaya 2010

Barisan Atlet Olahraga Sekolah 2010. Doa dan Harapan Warga SK Pandan Jaya dipohon bagi mengiringi perjuangan mereka di Kejohanan Balapan & Padang peringkat Daerah Hulu Langat bertempat di Stadium Bukit Jalil 6-8 April 2010

Sedikit kegusaran menimpa barisan atlet relay 4x100m perempuan bawah 12 tahun sekolah apabila adik Siti Nor Alieh (posisi Sprinter) ditimpa kecederaan semasa menjalani latihan ringan petang tadi. Apapun diharapkan kecederaan beliau tidak serius kerana barisan relay ini adalah antara yang diharap melakukan sesuatu pada kali ini. Namun demikian, seorang lagi atlet iaitu adik Norhafizzah adalah antara yang disebut-sebut akan mengambil alih tempat adik Siti Nor Alieh seandainya dia tidak pulih daripada kecederaan.

Friday, April 2, 2010

9 Emas dituai dalam Acara Padang daripada 18 emas ditawarkan

Masih menunggu keputusan rasmi namun itulah yang berjaya direkodkan dan akan diperjuangkan seandainya tidak sama seperti diumumkan. Bagi acara-acara lain yang memenangi pingat Perak dan Gangsa pihak rumah Sukan Biru masih menunggu keputusan muktamad. Berikut adalah pemenang-pemenang pingat emas Rumah Sukan Biru pada hari ini :

Lompat Jauh (L) Tahun 4 - Alif Syahmi
Lompat Jauh (P) Tahun 4 - Nur Maisarah
Lompat Jauh (P) Tahun 5 - Nur Fatin Shuhada
Lompat Tinggi (P) Tahun 5 - Adriana
Lompat Tinggi (L) Tahun 4 - Azhar
Lontar Peluru (P) Tahun 4 - Kamelia (Peserta paling kecil kategori ini)
Lontar Peluru (L) Tahun 4 - Qayyum
Lontar Peluru (L) Tahun 5 - Bagril
Lontar Peluru (P) Tahun 6 - Shreen

Thursday, April 1, 2010

Atlet Rumah Biru yg berjaya masuk final balapan (Larian)

60m

Tahun 3 (Lelaki)

1. Mohd. Nor Fitri
2. Ahmad Farid

Tahun 3 (Perempuan)

1. Safiah

100 m

Tahun 4 (Lelaki)

1. Alif Syahmi
2. Azhar

Tahun 4 (Perempuan)

1. Noradzsyiah
2. Nurul Farhana
3. Nur Maisarah

Tahun 5 (Lelaki)

1. Azrol
2. Amirul Jaafar
3. Amirul Raziq

Tahun 5 (Perempuan)

1. Adriana
2. Fatin Norshuhada

Tahun 6 (Lelaki)

1. Naim
2. Amirrudin

Tahun 6 (Perempuan)

1. Wizarotul
2. Nur Syamimi


200m

Tahun 4 (Lelaki)

1. Azhar
2. Alif Syahmi
3. Khairul Ramadhan

Tahun 4 (Perempuan)

1. Noradzsyiah
2. Nur Maisarah
3. Nurul Farhana

Tahun 5 (Lelaki)

1. Azrol Anwar

Tahun 5 (Perempuan)

1. Fatin Norshuhada
2. Siti Rafeah

Tahun 6 (Lelaki)

1. Naim
2. Amirrudin

Tahun 6 (Perempuan)

1. Wizarotul
2. Nur Syamimi

Kutipan Pingat dalam Acara Balapan esok

Tuaian pingat bermula esok apabila acara padang (lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru) bermula. Diharapkan semua perancangan berjalan lancar walaupun sasaran Rumah Biru untuk acara ini tidaklah terlalu tinggi namun masih mengharapkan kejutan akan berlaku. Syabas diucapkan kepada pencapaian Rumah Biru dalam acara larian, rasanya berdasarkan masa kelayakan tadi hampir semua kategori ada atlet Rumah Biru yang layak.

Wednesday, March 31, 2010

Perjuangan Atlet Pecut bermula (100m dan 200m)

Esok pukul 2 petang bermulalah sudah acara larian 100 m dan 200 m yang dianggap favourite dalam mana-mana acara Sukan Olahraga. Di atas kertas Rumah Biru bukan pilihan berdasarkan prestasi lepas. Namun apa yang diharapkan saingan tetap diberikan sekurang-kurangnya meletakkan diri beraksi di Final 10 April ini. Latihan sudah dijalankan terpulanglah kepada atlet menterjemahkannya pada hari esok. Rumah Biru masih mendahului pungutan mata namun belum menjuarai. Cukup pengalaman lepas (tahun 2009) mengajar kita mendahului dengan 100 mata namun ditinggalkan dengan 80 mata oleh Rumah Merah.

Tuesday, March 30, 2010

SEKITAR SUKANTARA & KEPUTUSAN TIDAK RASMI


Keputusan seolah-olah mirip seperti tahun lepas walaupun Biru jauh mendahului pada awalnya namun pada Temasya Sukan Sekolah Rumah Biru masih mampu dipintas oleh Rumah Merah dengan perbezaan mata yang banyak, keputusan ini tidak boleh dijadikan ukuran sebenar., Jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Kedudukan Rumah Biru masih belum kukuh. Perjalanan Rumah Biru tidak sampai pun separuh jalan. Masih banyak lagi acara yang perlu diharungi. Tumpukan acara seterusnya pada hari khamis ini saringan 100m dan 200m. Pastikan atlet Rumah Biru ramai yang layak ke Final pada 10 April ini. Ibubapa yang datang nanti pasti berasa bangga melihat kelibat kamu beraksi di akhir, jangan sia-siakan harapan mereka. Jom buktikan atlet Rumah Biru pasti boleh !





Monday, March 29, 2010

Syabas kedua-dua Pasukan Tarik Tali Rumah Biru (Lelaki & Perempuan)

Kedua-duanya berjaya melangkah ke perlawanan akhir yang akan berlangsung pada Temasya Sukan Tahunan Sekolah 10 April ini. Sebelum itu di bawah ini sedikit info keputusan dan imbasan perlawanan itu tadi.

Pasukan Lelaki
Rumah Biru vs Rumah Merah (2-0)
Rumah Biru vs Rumah Hijau (2-0)
Rumah Biru vs Rumah Kuning (2-0)

Pasukan Perempuan
Rumah Biru vs Rumah Merah (2-0)
Rumah Biru vs Rumah Hijau (0-2)
Rumah Biru vs Rumah Kuning (2-1)

Apa-apapun seandainya tewas di final nanti Rumah Biru sudah boleh berkira-kira mendapat 40 mata hasil berada di tempat yang kedua (20 mata lelaki dan 20 mata perempuan).

PERLAWANAN AKHIR 10 April 2010

Lelaki

Rumah Biru vs Rumah Merah


Perempuan

Rumah Biru vs Rumah Hijau








Sunday, March 28, 2010

Minggu Olahraga Kini Bermula

Dengan bermulanya minggu Olahraga pada hari ini (29/03/2010) maka seiring dengan itu bermulalah juga perjuangan atlet-atlet Rumah Biru yang berjaya terpilih membawa cabaran Skuad The Blues kali ini. Pembukaan acara Tarik Tali pada hari ini diharapkan dapat menghasilkan sesuatu yang bermakna seterusnya mengobarkan semangat ahli lain mengejar pingat yang dicita-citakan. Setiap kedudukan membawa mata, kedudukan yang lebih baik sudah tentunya menyumbang mata yang agak besar kepada Rumah Biru. Keesokannya pula acara Sukantara dimana melibatkan semua murid Tahap 2 (bukan atlet yang dipilih sahaja) dalam acara lompat jauh dan lari pecut, sesiapa yang dapat melompat melepasi jarak yang telah ditetapkan dan berlari di bawah masa yang telah ditetapkan akan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Diharapkan lebih ramai atlet Rumah Biru melepasi jarak lompat jauh dan berada di bawah catatan masa larian yang telah ditetapkan. Go! Go! Go! The Blues...


PESERTA TARIK TALI RUMAH BIRU 2010

Friday, March 26, 2010

Pengumuman Penting Aturcara Sukan Sekolah

MAKLUMAT TAMBAHAN, SUKANTARA AKAN DIADAKAN PADA HARI SELASA 30/03/2010 bermula pukul 7.30 pagi...AKTIVITI SUKANTARA LOMPAT JAUH DAN LARI PECUT 100M, SESIAPA SAHAJA MURID TAHAP 2 BOLEH IKUT, LAGI RAMAI LAGI BAGUS SEBAB MENYUMBANG MATA KEPADA RUMAH SUKAN
Masih tertakhluk kepada perubahan namun semua diminta bersedia

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Latihan Rumah Sukan Kali ke-3 (24/03/2010)

Banyak peningkatan daripada latihan kali ini namun sekali imbas masih jauh untuk memberikan saingan sengit kepada bintang-bintang sukan rumah lain. Teruskan semangat ini hingga ke hari pertandingan, kita hanya mampu mengharapkan kejutan. Jangan kita yang terkejut, sudah...hehe
Aktiviti Rutin Warming up sebelum aktiviti lebih berat


Kelihatan Guru Wanita Rumah Biru yang segan gambar diambil, takut masuk facebook...
Bersemangat sungguh sebelum memulakan sesi pemilihan

Aktiviti Larian yang dikendalikan Ustaz Abdul Fattah

Aidil tengah buat demo lompat jauh yang betul namun masih tak jauh-jauh..hehe..

Friday, March 19, 2010

Ikon-ikon Rumah Biru

Cuma ikon senarai pendek sahaja, yang tidak ada di sini bukannya tidak boleh menjadi ikon tetapi menunggu ketika untuk diiktiraf sebagai ikon sebenar. Buktikan kemampuan anda di temasya sukan tahunan sekolah nanti. Andalah sebenarnya layak bergelar ikon Rumah Biru..ada beberapa gambar lagi yang akan dimasukkan jika hadir turun latihan dan menunjukkan prestasi yang membanggakan. Di bawah ini adalah ikon-ikon rumah biru yang hanya berstatus "underdog" bagi rumah-rumah sukan lain yang mempunyai star-star dalam olahraga.

Thursday, February 25, 2010

Ucapan Hari Jadi


Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-56 buat Pn. Mintal selaku
ahli Rumah Sukan Biru dan Guru Besar SK Pandan Jaya

Wednesday, February 24, 2010

Mempertahankan atau Merampas Kejuaraan ???

Mampukah Rumah Merah mempertahankan kejuaraan pada tahun 2009 beserta 3 anugerah iaitu Olahragawan, Olahragawati dan Olahragawati Harapan ? Memenangi lebih mudah berbanding mempertahankan, itulah ungkapan yang sering didendangkan bagi mereka yang bergelar Sang Juara..Tatkala ramai yang meramalkan Rumah Kuning akan melakukan kejutan atau Rumah Hijau dengan kekuatan Olahragawan Harapan Zon Ampang adik Yunus Syamim kembali merampas kejuaraan yang pernah dalam genggaman 2 tahun berturut-turut.


atau adakah satu KEMUNGKINAN YANG LUAR BIASA Rumah Biru tetiba yang akan terpampang sebagai wajah Juara yang baharu setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2007? Berdasarkan latihan dan prestasi semasa atlet-atlet kemungkinan Rumah Biru, nampaknya masih jauh menuju ke arah itu. Namun tidak dinafikan warga Bendahara sedang membina landasan juara namun terpulang kepada para atlet menterjemahkannya di Sukan Tahunan nanti. Walaupun tampak sukar, Bendahara tetap meletakkan sasaran untuk merangkul 2 daripada 4 anugerah itu nanti, Insya' Allah...aminnnn....


p/s Tengah fikir2 nanti nak bagi ganjaran apa kat atlet2 yang dapat menangni, ehem...guru-guru Rumah Biru sama-sama kita fikirkan
SKPandanJayaBBA4035 © 2006. Milik rasmi :Hak Cipta Terpelihara © 2006. Admin SK Pandan Jaya, 55100 Cheras, Selangor D.E, Malaysia. PENAFIAN: Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.