Thursday, February 25, 2010

Ucapan Hari Jadi


Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-56 buat Pn. Mintal selaku
ahli Rumah Sukan Biru dan Guru Besar SK Pandan Jaya

Wednesday, February 24, 2010

Mempertahankan atau Merampas Kejuaraan ???

Mampukah Rumah Merah mempertahankan kejuaraan pada tahun 2009 beserta 3 anugerah iaitu Olahragawan, Olahragawati dan Olahragawati Harapan ? Memenangi lebih mudah berbanding mempertahankan, itulah ungkapan yang sering didendangkan bagi mereka yang bergelar Sang Juara..Tatkala ramai yang meramalkan Rumah Kuning akan melakukan kejutan atau Rumah Hijau dengan kekuatan Olahragawan Harapan Zon Ampang adik Yunus Syamim kembali merampas kejuaraan yang pernah dalam genggaman 2 tahun berturut-turut.


atau adakah satu KEMUNGKINAN YANG LUAR BIASA Rumah Biru tetiba yang akan terpampang sebagai wajah Juara yang baharu setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2007? Berdasarkan latihan dan prestasi semasa atlet-atlet kemungkinan Rumah Biru, nampaknya masih jauh menuju ke arah itu. Namun tidak dinafikan warga Bendahara sedang membina landasan juara namun terpulang kepada para atlet menterjemahkannya di Sukan Tahunan nanti. Walaupun tampak sukar, Bendahara tetap meletakkan sasaran untuk merangkul 2 daripada 4 anugerah itu nanti, Insya' Allah...aminnnn....


p/s Tengah fikir2 nanti nak bagi ganjaran apa kat atlet2 yang dapat menangni, ehem...guru-guru Rumah Biru sama-sama kita fikirkan

Saturday, February 20, 2010

Cadangan Pembelian Baju Guru Rumah Biru

Cadangan Untuk Guru Lelaki

Cadangan Untuk Guru Perempuan (Baju Lengan 3 suku)

Ini cuma cadangan sahaja. Baju ni macam ala-ala kemeja F1, kalau harga asal RM40.00 tapi kalau nak ada nama bersulam kos keseluruhan sehelai baju RM50.00. Tawaran ini hanya untuk guru Rumah Bendahara namun jika guru rumah lain berminat boleh juga 'join' sekali..Sementara stok masih ada, sempat lagi ni nak tempah..

p/s Untuk murid pula, jika ada permintaan boleh diusahakan..

Tuesday, February 16, 2010

Gempuran Awal Rumah Biru

Agihan Tugasan Guru Rumah Sukan Bendahara (Rumah Biru) 2010


Pn. Faridah bt. Abdullah – Ketua Rumah @ Penggerak @ Chef De’ Mission

♠ En. Zairi Mohd. Nor - Larian 60 m Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3)

♠ En. Firman Haruddin &

Ustaz Abdul Fattah -Larian 100m, 200m, relay 4 x100m dan 4x200m Tahap 2 (4,5&6)

♠ Ustaz Mohd. Hafiz Abdul Rahman

- Lontar Peluru dan Lompat Tinggi Tahap 2

♠ En. Guru Praktikum – Lompat Jauh

♠ Pn. Salawati Salleh, Pn. Wan Norhidayah dan Pn. Zurina R. – Perbarisan Kontinjen Rumah

- Kain Rentang - Persiapan Sukaneka Tahap 1 (1,2 & 3)

♠ Pn. Norazilawati dan Pn. Siti Hazel Sophie – Hiasan Perbarisan Kontinjen

- Nombor Peserta Padang & Balapan

♠ Semua Guru Rumah Biru – Persiapan Rumah Sukan

Makluman Guru Rumah Sukan Biru

  1. Semua Guru Rumah Sukan Biru boleh menandatangani Buku Ko-Kurikulum bagi murid yang hadir yang meminta kita berbuat demikian.
  2. Murid yang tidak membawa buku Ko-Kurikulum akan dipertimbangkan untuk diberi tandatangan pada hari yang lain sekiranya guru dapat mengenal pasti murid terbabit.
  3. Guru juga boleh membantu mengenalpasti bakat yang ada pada murid rumah Bendahara untuk diketengahkan bagi mewakili sekolah mengikut acara masing-masing.


Bonus !!!

Pelajar Rumah Bendahara yang dapat menggondol gelaran ulung seperti Olahragawan dan Olahragawati Sekolah akan diberikan Hadiah Misteri oleh guru-guru Rumah Bendahara. (Guru-guru boleh beri cadangan kemudian)

Cadangan atau pendapat oleh guru-guru Rumah Sukan Bendahara sentiasa dialu-alukan dan disalurkan segera kepada Puan Ketua Rumah bagi memantapkan persiapan rumah Bendahara pada tahun ini. Insya’ Allah muafakat membawa berkat, bersatu bertambah mutu.


” Rumah Biru, Mengorak Gagah Ke Mercu ”

Tuesday, February 9, 2010

Agihan Rumah Sukan Kepada Pentadbir

Bukan sahaja murid-murid dan guru-guru dilibatkan dalam sukan tahunan pada kali ini, tetapi pentadbir turut diberi peluang bersaing dengan mewakili rumah sukan masing-masing. Berikut agihan rumah sukan mengikut pentadbir :

1) Pn. Mintal bt. Masri- Guru Besar (Rumah Biru)

2) Pn. Faridah bt. Sulaiman - GPK 1 (Rumah Hijau)

3) Pn. Hamidah bt. Hariman - GPK HEM (Rumah Kuning)

4) Pn. Vijayarani V. K - GPK Koku (Rumah Merah)

Tahniah kepada Rumah Biru kerana memiliki orang Top 1 dalam Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya Puan Mintal bt. Masri. Diharapkan dapat membakar semangat perjuangan Rumah Biru pada kali ini. "Rumah Biru Mengorak Gagah ke Mercu"

Pengenalan Slogan Rumah Biru



" RUMAH BIRU MENGORAK GAGAH KE MERCU"

Sunday, February 7, 2010

Iklan : Jangan Lupa Saksikan Skuad The Blues vs The Gunners Malam Ini

Chelsea (The Blues) lawan Arsenal (The Gunners) pukul 12 tengah malam ini..Kalau dalam konteks Pandan Jaya Rumah Biru lawan Rumah Kuning lah sebab Arsenal ada baju away warna kuning. Dan keputusannya.......????


2 Chelsea vs Arsenal 0

Kalaulah dapat diterjemahkan dalam kejohanan olahraga nanti macam nie jugak...heheh

Lagu Rasmi Rumah Sukan Biru

Lagu Pertama

Rumah Biru Pasti Menang
Semua Orang Pandang-Pandang
Berdiri Megah Gagah Rumahku
Rumah Biru Pasti Menang


Lagu Kedua

Bendahara..
Bendahara..
Bendahara will be number one
Of course we want
To be in that number
Bendahara will be number one
Hooray!

Lagu Ketiga

Rumah Biru Rumahku
Kami Pasti Nombor Satu
Rumahku Nombor Satu... 2x

Sekitar Program Road Run (dulu dikenali Merentas Desa)

Secara keseluruhannya Rumah Sukan Biru telah menduduki tempat kedua dibelakang Rumah Sukan Kuning pungutan mata Road Run pada tahun ini, syabas diucapkan. Seperti yang dijangkakan tahun ini adalah kebangkitan Rumah Sukan Kuning yang perlu diberi perhatian. Namun rumah sukan lain turut memberikan saingan walaupun hakikatnya Rumah Sukan Kuning kelihatan begitu unggul bagi kategori Tahun 3 dan Tahun 5. Mungkinkah ini petunjuk bagi kejohanan sukan olahraga sekolah kita yang dijangka berlangsung pada awal April nanti? Realitinya larian jarak jauh dan jarak dekat adalah jauh berbeza, sama-sama kita nantikan...


Kelihatan Ketua Rumah Sukan Biru Pn. Faridah Abdullah. Diharapkan keberanian dan kelantangannya dapat memeriahkan lagi kejohanan sukan sekolah kita pada tahun ini.



PELANCARAN BLOG RASMI RUMAH SUKAN BIRU


Seiring sesi perjumpaan rumah-rumah sukan kali pertama yang diadakan pada 03 Februari 2010 yang lalu, Blog Rasmi Rumah Sukan Biru turut dilancarkan. http://www.rumahbiruskpandanjaya.blogspot.com . Blog ini diharapkan memberi manafaat kepada ahli pasukan rumah sukan Biru untuk mendapatkan info terkini mahupun tips-tips kecergasan seterusnya menyemarakkan lagi saingan Rumah Sukan Biru pada tahun ini. Pasukan Rumah Sukan Biru juga turut menggunakan nama The Blues menyamai gelaran kelab bola Sepak England iaitu Chelsea. Tidak hairanlah Admin Blog memilih tema blog kelab Bola Sepak Chelsea pada kali ini. Mampukah Rumah Sukan Biru muncul juara sekali lagi pada tahun ini setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2007 ??
SKPandanJayaBBA4035 © 2006. Milik rasmi :Hak Cipta Terpelihara © 2006. Admin SK Pandan Jaya, 55100 Cheras, Selangor D.E, Malaysia. PENAFIAN: Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.