Sunday, February 7, 2010

Sekitar Program Road Run (dulu dikenali Merentas Desa)

Secara keseluruhannya Rumah Sukan Biru telah menduduki tempat kedua dibelakang Rumah Sukan Kuning pungutan mata Road Run pada tahun ini, syabas diucapkan. Seperti yang dijangkakan tahun ini adalah kebangkitan Rumah Sukan Kuning yang perlu diberi perhatian. Namun rumah sukan lain turut memberikan saingan walaupun hakikatnya Rumah Sukan Kuning kelihatan begitu unggul bagi kategori Tahun 3 dan Tahun 5. Mungkinkah ini petunjuk bagi kejohanan sukan olahraga sekolah kita yang dijangka berlangsung pada awal April nanti? Realitinya larian jarak jauh dan jarak dekat adalah jauh berbeza, sama-sama kita nantikan...


Kelihatan Ketua Rumah Sukan Biru Pn. Faridah Abdullah. Diharapkan keberanian dan kelantangannya dapat memeriahkan lagi kejohanan sukan sekolah kita pada tahun ini.



No comments:

Post a Comment

SKPandanJayaBBA4035 © 2006. Milik rasmi :Hak Cipta Terpelihara © 2006. Admin SK Pandan Jaya, 55100 Cheras, Selangor D.E, Malaysia. PENAFIAN: Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.