Bendahara berada di kelasnya yang tersendiri (ayat-ayat angkat bakul) apabila muncul juara keseluruhan Temasya Sukan Tahunan ke-16 SK Pandan Jaya jauh meninggalkan Rumah Hijau di tangga kedua (perbezaan ratusan mata). Lebih membanggakan Bendahara turut menggondol 3 Gelaran iaitu Olahragawan (Muhd. Naim-6A), Olahragawan Harapan (Alif Syahmi-4G), dan Olahragawati Harapan (Fatin Nor Shuhada-5G) melangkaui sasaran awal 2 Gelaran. Satu lagi gelaran iaitu Olahrawagati secara teknikalnya sepatutnya milik Rumah Biru iaitu adik Wizarotul Afifah dengan pencapaian 1 emas, 2 perak acara individu serta 1 perak, 1 gangsa acara ganti-ganti namun ia dirangkul oleh adik Nur Hafizah rumah merah dengan 1 emas individu dan 1 emas acara ganti-ganti (Pengiraan sebenar ikut pencapaian individu bukan berkumpulan atau acara ganti-ganti, pencapaian acara ganti-ganti akan diambil kira seandainya pencapaian individu seri, perkara sensitif seperti ini seharusnya juga diberi perhatian sewajarnya).








Lebih manis tahun ini Bendahara turut melahirkan Olahragawan Harapan termuda iaitu adik Alif Syahmi Abu Bakar yang masih berada dalam tahun 4. Kecekalan dan semangat berjuang tinggi adik Alif Syahmi begitu terserlah apabila melihat acara relay 4x200m walapun pelari ke-2 Rumah Biru terjatuh dan tertinggal kebelakang setengah padang namun Alif sebagai pelari terakhir bingkas mengejar 2 lagi peserta dihadapannya untuk meletakkan pasukan relay 4x200m ini di tempat kedua. Alif turut didedahkan dalam kejohanan olahraga peringkat daerah sebelum itu sebagai pelapis atlet sekolah. Beberapa atlet lain Rumah Biru yang dijangka lebih menyinar pada tahun hadapan antaranya Fatin Nor Shuhada, Adriana, Azrol Anwar, Amirul Jaafar, Azhar, Nur Maisarah, Noradzsyiah dan Aswad. Rumah Biru juga mencatat rekod tersendiri apabila mendapat tempat ke-2 acara perbarisan yang tradisinya tetap dan berpencen menghuni tangga terakhir. Semoga kejayaan Rumah Biru ini akan berterusan pada tahun-tahun mendatang. Insya' Allah...
No comments:
Post a Comment